Friday 10 July 2015

MB di hina kerana bersahur dengan anak-anak muda bermotor?

Kenyataan ketua Pemuda PAS Marang menghina MB kerana bersahur dengan anak-anak muda bermotor.
Ketua Pemuda PAS Marang cuba menjadikan program Terengganu Sprint Test 2015 malam semalam sebagai satu penghinaan kepada Menteri Besar dan Anak-anak muda bermotor yang menganjur program tersebut.
Adakah berdakwah tidak boleh di selitkan dengan program sebegini?
Ketua Pemuda PAS ini sangat kolot pemikirannya, Program tersebut, walaupun di buat pada bulan Ramadhan bukanlah dibuat ketika solat terawih waktu beribadat diadakan.
Program tersebut yang bermula Jam 2.30 pagi ini mungkin adalah masa bagi ketua pemuda PAS ini sedang tidur, enak dibuai mimpi-mimpi indah, tetapi bagi seorang Menteri Besar yang memahami akan minat anak-anak muda di Terengganu, ini adalah masa untuk beliau bersama belia-belia bermotor ini. Mencari sebuah pendekatan bagi mengurangkan gejala sosial Mat Rempit serta perlumbaan haram di Terengganu.
Adakah salah dan berdosa bagi seorang pemimpin memahami jiwa anak muda?
Program tersebut bukanlah hanya sebuah perlumbaan ‘sprint test’ semata-mata, turut juga diselitkan sebagai pengisian adalah program ‘SAHUR BERSAMA ANAK-ANAK MUDA BERMOTOR’.
Dalam program ini, Menteri Besar Terengganu juga memberi beberapa ucapan nasihat dan tazkirah kepada mereka supaya mereka tidak hanya lalai dengan sukan bermotor, tetapi juga tidak lupa kepada tanggungjawab mereka kepada ibubapa, sebagai belia yang perlu berbakti kepada negeri dan lebih utama tanggungjawab sebagai seorang UMAT ISLAM.
Program-program sebeginilah sepatutnya lebih banyak di anjurkan agar anak-anak muda bermotor ini tidak di biarkan berpeleseran tanpa arah tujuan seterusnya mengundang lebih banyak masalah sosial. Inilah keprihatinan seorang Menteri Besar, dalam mendidik tidak semestinya sesebuah program hanya diadakan di surau atau masjid, tetapi perlu dipelbagaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Ketua Pemuda PAS Marang ini perlu melihat kehadapan dan menilai apa yang di kata dan diri sendiri sebelum menghina orang lain.
Orang yang suka mencaci seorang muslim, semua amal kebaikan yang dilakukannya akan sia-sia. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis, “Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, jika ada seorang wanita yang melakukan shalat malam, siang harinya ia berpuasa, tetapi ia menyakiti tetangganya dengan lisannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Tiada kebaikan sedikitpun dalam amal perbuatannya, dan ia kelak akan masuk neraka.” (HR. Al Hakim, Ibnu Hibban dan Ahmad)

No comments:

Post a Comment