Friday 10 July 2015

Masalah air di Terengganu, Siapa yang bermasalah?


Masalah air yang dihadapi oleh 58,000 buah rumah sekitar Terengganu dan Marang sejak awal Mei lalu telah mendapat respon yang segera oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman.
Biarpun baharu genap setahun lebih pentadbiran yang dibawa olehnya, kasih dan kecaknaan beliau terhadap rakyat dapat dilihat melalui kesungguhannya menyelesaikan masalah yang disuarakan rakyat.
Dengan menerapkan nilai inklusif yg digalasnya menerusi 8  prinsip Transformasi Terengganu Baharu jelas menunjukkan kesan dan impak yang segera dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Terengganu kini.
Prinsip yang meletakkan suara rakyat sebagai asas kepada input pembangunan dan penyelesaian masalah telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Ahmad Razif sebagai Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dalam menerajui negeri Terengganu untuk satu tempoh yang lebih panjang lagi.
Berhubung isu air, kerajaan negeri telah bersetuju membina beberapa loji kecil di lokasi-lokasi kritikal dan dijangka siap dalam masa yang terdekat. Selain itu, Menteri Besar Terengganu baru-baru ini juga telah mengumumkan pembinaan sebuah loji air baharu di Manir, Kuala Nerus bagi menampung keperluan rakyat di kawasan terjejas air tersebut.
Bagi tindakan jangka pendek, tindakan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan catuan dilakukan bagi menjimatkan penggunaan air. Penghantaran air dengan menggunakan lori tangki juga akan dibuat ke beberapa kawasan kritikal.
Jadi tidak wajarlah jika masih ada suara-suara sumbang dari kelompok-kelompok yang malas membaca bagi mendapatkan informasi, tetapi sekadar tahu membuat protes di laman media sosial dengan mengatakan tiada inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Malah, rata-rata kawasan terjejas masalah air adalah majoriti DUN dan Parlimen yang  dimenangi pihak pembangkang, PAS. Jadi di manakah wakil-wakil rakyat mereka di ketika ini?
Mereka bukan sahaja ego bagi mendapatkan satu titik pertemuan dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di kawasan sendiri, tetapi juga hanya sekadar pandai menunding jari. Persoalan penulis, bagaimana PAS mahu ganti UMNO di Terengganu jika wakil rakyat di tempat sendiri gagal membantu rakyat.
Lihat video di bawah Ustaz Azhar Idrus tempelak pimpinan PAS. “Walaupun hok beloh kite sekalipun, ramai yang tidak melaksanakan tugas, orang bayor gaji mu RM7000 sebulan, duit rakyat, ape mu buat ke rakyat?”

No comments:

Post a Comment