Tuesday 29 July 2014

Loke Siew Fook DAP dedah rahsia Whatapps AJK PAS Pusat

Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” yang berbunyi;

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini”

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

“Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai “think tank” kepada PAS boleh “mengimaginasi” untuk “menjentik DAP, gereja dan non Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan “PAS for ALL”?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh “mengimaginasi” seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambill tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

-LOKE SIEW FOOK-

Wednesday 21 May 2014

Pesanan Bekas Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz kepada Dyna Sofya

Calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud harus membuka mata dan belajar untuk berfikir secara kritis dan melihat dengan lebih luas bagi memastikan beliau tidak terus hanyut dengan corak permainan politik parti itu.

Malah Dyana perlu meneliti sebab atau punca mengapa bekas pemimpin DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan parti cauvinis itu sebelum ini

Ini antara ingatan dan nasihat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika diajukan berkenaan wanita Melayu yang jadi calon DAP itu.

“Nasihat saya kepadanya, sentiasa buka mata dan sentiasa mendengar. Juga lihat kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil DAP, dan lihat juga langkah kamu (Dyana) sendiri adakah kamu mempertahankan keistimewaan Melayu itu sendiri.

“Kenapa saya cakap begini, ini kerana DAP sudah lama mengatakan bahawa mereka tidak menentang Melayu, dan mereka adalah parti berbilang kaum, tapi saya rasa semua tahu bahawa DAP bukan satu parti yang demokratik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dyana perlu belajar untuk melihat dengan ‘critical eye’, dia juga perlu belajar melihat kepada larger interest of the Malays.

“Dia juga seorang Melayu dan dia juga cakap bahawa dia tidak mahu kepada perbezaan kaum dalam politik.

“Sebenarnya pada saya, apa yang dia cakap itu hanyalah suara yang selama ini Lim Kit Siang cakap, Lim Guan Eng cakap dan juga apa juga mendiang Karpal Singh selalu cakap, tetapi hakikatnya parti untuk kaum Cina,” jelasnya.

Menjawab soalan katanya, Dyana sudah mengkhianati orang Melayu apabila sudah meningkari janjinya untuk tidak mengkhianati Malaysia dengan kenyataan supaya membuka kemasukkan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak hanya untuk orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan, nasihat yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam selepas selesai proses penamaan calon di Teluk Intan tidak diserap baik oleh anak muda itu.

“Dia sudah menjadi pengkhianat pun pada hakikatnya dengan kenyataan untuk membuka UiTM kepada semua kaum, sebab kerajaan selama ini mengusahakan untuk menyediakan pendidikan kelas pertama kepada kaum Melayu.

“Paling tidak sepatutnya dia fikir berkenaan orang Melayu yang lain, jangan sebab dia sudah ada ijazah dan sudah tidak belajar di situ lagi maka saya tidak perlu fikir lagi berkenaan orang lain,” katanya.

Monday 28 April 2014

Rafizi buat kecoh bila tahu akan kalah Ketua Cabang Kemaman Pemilihan ditunda !!!

Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik
“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang.”

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Friday 28 March 2014

Melayu Diroboh dan Terus Roboh: Kali Ini Gerai Melayu Di Teluk Bahang, Pulau Pinang

Satu demi satu kawasan perniagaan orang Melayu di robohkan di Pulau Pinang. Apakah ini yang dikatakan sebagai kebaikkan kerajaan Pulau Pinang kepada rakyat. Nampaknya usaha DAP untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakyat kelas kedua semakin lama semakin berjaya.

Cuba anda bayangkan, warga asing pun boleh berniaga di Pulau Pinang, tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti paling rasis dalam sejarah Malaysia itu, namun orang Melayu juga dijadikan sasaran oleh mereka.                  

Dengan menggunakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan ini dilaksanakan dengan bersahaja tanpa rasa bersalah oleh pihak penguatkuasa.

Jika dahulu semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, kaedah budi bicara sering digunapakai oleh kerajaan negeri. Namun apabila DAP mengambil alih negeri tersebut nampaknya mereka lebih selesa dengan menggunakan kaedah ala Zionist dalam melayan penduduk Melayu di negeri tersebut.     

Bayangkan betapa luluhnya hati apabila mata pencarian mereka dimusnahkan dengan jentolak milik kerajaan negeri. Setiap kepingan zink dan batu yang dipecahkan seolah-olah menjadi tanda gelapnya masadepan mereka dibawah pemerintahan Lim Guan Eng.

Ini tidak termasuk barangan perniagaan yang rosak teruk akibat kekejaman kerajaan negeri yang tidak pernah senang melihat bangsa Bumiputera kaya dan mahsyur di negeri yang diperintah oleh mereka.                        

Di dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh DAP, mereka kononya melaungkan slogan Malaysian Malaysia seolah-olah ingin mengatakan kerajaan persekutuan mengamalkan konsep rasisma didalam pentadbiran negara.

Namun begitu kaedah “affirmative action” yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak pernah menidakkan hak mana-mana bangsa untuk mencari rezeki di Malaysia. Tidak seperti DAP yang sering menganggu perniagaan orang Melayu Islam di mana sahaja mereka berkuasa.                  

Di Selangor pula, kita akan dapat melihat sekiranya di kawasan bandar, para peniaga Melayu juga bakal mendapat nasib yang sama. Penulis sendiri pernah melihat bagaimana restoran Melayu diperas ugut dan disita kerana kesalahan yang direka-reka. Premis perniagaan Melayu tidak dibenarkan untuk memasang meja di luar restoran, malah gerai burger anak-anak Melayu juga sering disaman dengan alasan menganggu lalu lintas. Ini juga berlaku kepada perniagaan orang India di Selangor.  

Walhal jika kedai orang Cina ataupun restoran milik orang Cina, letak seberapa banyak meja di luar kedai pun tidak apa. Terus dikatakan ini adalah hak mereka dan tiada penguatkuasaan pun dijalankan keatas mereka. Melayu sudah pun merempat di sebahagian tempat di negeri Selangor dan juga keseluruhan di Pulau Pinang. Adakah gerakan ini akan berterusan sehingga orang Melayu tidak lagi mempunyai tempat di seluruh negara? Apakah orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri tidak lama lagi?  

Sebagai insan yang mempunyai hati dan akal, kita seharusnya patut menilai tentang perkara yang terjadi disekeliling kita.

Bayangkan, di negeri yang mereka tidak mempunyai kuasa besar seperti Selangor pun mereka mampu untuk menindas orang Melayu. Mana perginya tok-tok lebai PAS dan para pejuang reformis PKR yang katanya akan membela nasib rakyat sekiranya ditindas.

Tidak pernah lekang dibibir mereka tentang kezaliman Barisan Nasional kononya menggunakan rakyat untuk kesenangan pemimpin, namun para pemimpin PAS & PKR lagi jahat dan zalim kerana  menggunakan kuasa politik yang sedia ada hanya untuk kepentingan mereka.
Masalah rakyat satu pun tidak diatasi dengan baik.   Mungkin ada diantara pak Lebai PAS yang keliru dengan perjuangan DAP dan mungkin juga ada reformis PKR yang lupa dengan sejarah lampau.

Namun begitu, apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang ini wajar dijadikan pedoman buat kita semua. Pakatan Rakyat hanyalah haiwan politik yang gilakan kuasa, harta dan pangkat. Tiada seorang pun dari mereka yang sudi untuk berkhidmat melaikan kepada bangsa chauvinist yang tidak faham erti keharmonian di dalam negara majmuk yang mereka diami.

Monday 10 March 2014

Parti anak beranak : Wan Azizah ganti Anwar calon dun Kajang

HULU LANGAT – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa mengitar semula Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan memilih beliau sebagai calon untuk menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.

Pencalonan Wan Azizah, 62, itu dilihat sebagai strategi meraih simpati dengan memperalatkan beliau sebagai mangsa keadaan setelah Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar pada Jumaat lalu kerana didapati bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Ketika ditanya sama ada beliau berperanan sebagai ‘pemanas bangku’ untuk Anwar seperti yang pernah dilakukannya pada PRK Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos 2008, Wan Azizah memberitahu, pihak yang membuat dakwaan itu bebas untuk berkata apa sahaja yang mereka suka.

“Namun, apa yang lebih penting, nama saya diketengahkan kerana saya merupakan Presiden PKR dan perlu memikul tanggungjawab ini.

“Saya juga fikir saya perlu memperjuangkan keadilan terutama untuk wanita,” katanya.

Keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah itu diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat parti tersebut dalam sidang akhbar di Kampung Sungai Sekamat, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Pengumuman Wan Azizah sebagai calon PKR itu tidak mengejutkan kerana nama beliau sebelum ini disebut-sebut sebagai salah seorang pemimpin parti tersebut yang bakal menggantikan Anwar pada PRK DUN Kajang.

Pemilihan beliau itu seterusnya mengetepikan peluang pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuk Saifuddin, Rafizi dan anak perempuannya sendiri, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding.

Sementara itu, Anwar berkata, Saifuddin agak keberatan untuk memikul tanggungjawab bertanding sebagai calon parti pada PRK DUN Kajang.

“Saifuddin mahu menumpukan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung parti dan beliau yakin Wan Azizah merupakan calon terbaik,” ujarnya.

Thursday 27 February 2014

Syed Azman & Harakah memakan Diri Fitnah MB Terengganu

FITNAH ADUN PAS SYED AZMAN KEPADA MB TERENGGANU AKHIR MEMAKAN DIRI SYED AZMAN DAN HARAKAH.

Hari ini 28.2.14 jam 9.35 pagi di Mahkamh NCVC 8 Komplek Mahkamah Jalan Duta, Kula Lumpur, Hakim Yang Arif Rosilah binti Yop memutuskan bahawa YAB MB Terengganu berjaya membuktikan kes fitnah terhadap defendan-defendan dalam kes saman fitnah MB terhadap YB Syed Azman, Harakah dan 2 yang lain.Gantirugi am dan teladan dibenarkan sebanyak RM 200,000.00 dan kos sebanyak RM 30,000.00.perlu dibayar oleh defenden2 kpd YAB MB Terengganu .

Hakim juga membenarkan Injunksi menghalang artikel fitnah diterbitkan oleh defendan-defenden dalam Harakah dan akhbar lain ada juga dibenarkan.

Tuesday 18 February 2014

Syed Azman berbangga dengan Pangkat 'Pembohong Bersiri'

kalau sudah kaki pembohong susah untuk berhenti memfitnah selepas berbohong mengenai pesawat AK5110 terhempas 'kaki bohong ini sekali lagi mula beraksi untuk memfitnah Y.A.B MB Terengganu dengan menyatakan untuk mendedahkan peyelewengan dengan membuat sidang media tetapi tidak menyatakan lagi apakah fitnah yang kaki bohong ini mahu temberang, hanya gimik untuk mendapat publisiti Murahan.

Syed Azman Adun PAS Batu Buruk ini sudah bersiri pembohongan yang di lakukannya, tetapi setiap kali pembohongannnya berjaya di dedahkan oleh Y.A.B MB Terengganu beliau menjadi bertambah berang dan sewel.

Sanggup untuk melondehkan aibnya sendiri untuk di labelkan kaki fitnah dan temberang itu sentiasa menjadi title 'Kepada Manusia Ini' keluar masuk SPRM membawa dokumen palsu dan di putar belit sentiasa menjadi amalannya sehingga tidak kenal dosa dan pahala tetapi hanya makanan fitnah dan bohong.

Thursday 13 February 2014

Jom survey : Siapa MB selangor Pilihan Rakyat?

Menjelang PRK Kajang ni, timbul macam-macam desas desus rakyat tentang siapa patut dan lebih layak jadi MB.

Khalid Ibrahim seorang ahli korporat dan sudah satu penggal sebagai MB Selangor. Ada golongan suka pada Khalid dan ada golongan tidak. Dia membawa cara korporat dalam pentadbiran awam. Sebagai pemimpin politik, Khalid tidak punya pengaruh sangat.

Azmin Ali adalah pengikut setia Anwar Ibrahim. Orang muda bercita-cita ini kini Timbalan Presiden PKR. Lama inginkan jawatan MB. Pernah jadi exco dan kini tidak mahu jadi exco.

Namun Azmin tiada pengalaman korporat atau sebagai pentadbiran awam. Hanya kerja sebagai budak bancuh kopi Anwar Ibrahim di Kementeriaan Kewangan lepas diambil dari pejabat Dr Mahathir.

Jika PKR tidak mahu atau tidak boleh jadi MB, hanya PAS saja yang layak memegang jawatan MB. Masaalah cuma DAP tidak mahu beri sokongan dna pilihan mereka lebih pada PKR.

PAS mempunyai jumlah kerusi paling banyak, oleh itu mereka rasa mereka layak untu pegang jawatan MB. Pilihan mereka mungkin sekali antara dua ahli exco iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani atau Iskandar Abdul Samad.

Kalau menang PRK Kajang, Anwar Ibrahim dijangka mahu dijadikan MB Selangor. Ada pengalaman sebagai Menteri hingga sampai ke Timbalan PM.

Adalah kebolehan sikit sebanyak sebagai pemimpin politik dan pendedahan tentang perkhidmatan awam. Secara technical, dia tak cekap dan amat memerlukan orang lain.

Adakah dia pilihan orang ramai?

Kalau bukan ditentukan oleh orang ramai, siapa antara mereka ini adalah pilihan ramai? Atau pilihannya bukan dari yang atas?

SILA NYATAKAN PILIHAN ANDA DALAM BANCI DI ATAS. BANCI DI ATAS ADALAH UNTUK SEMINGGU HINGGA JUMAAT HADAPAN 21 FEBRUARI PUKUL 12 TENGAHHARI

Jika anda mahu beri sebab musabab pilihan anda, sila nyatakan dalam komentari posting ini.

Tiada komen carut marut, maki hamun dan bahasa terlampau kasar akan disiarkan. Sila maklum