Friday 10 July 2015

LUAHAN AKTIVIS anak muda terhadap kebiadapan Ketua Pemuda PAS Marang

Ke hadapan Ketua Penerangan Dewan Pemuda
PAS Kawasan Marang...

Saya rasa saudara sebenarnya telah tersalah tafsir dan silap dalam menilai tindakan YAB Menteri Besar Terengganu .

Istilah MB menghina bulan Ramadhan adalah amat salah sama sekali kerana golongan anak muda yang meminati sukan permotoran ini bukanlah senang untuk dibentuk dan dididik .

Saya rasa saudara juga hanya melihat MB dengan sebelah mata saudara . Saudara tidak tahu ke program2 lain yang telah diusahakan oleh YAB MB Terengganu Dato Seri Ahmad Razif itu? Saya rasa baru baru ini ada program Tadarus Al Quran di kediaman rasmi beliau di Sri Iman, begitu juga dengan program2 kerohanian yang lain . Jangan asyik melihat yang nampak buruk sahaja . Tak lama nanti dengar khabar nya kerajaan negeri juga akan buat program ala ala jelajah masjid berprinsip TTB . saudara berminat nak turut serta tak? hehe.

Ya, dah banyak program2 kerohanian dianjurkan . Tapi kita harus berfikir di luar kotak sekali sekala , jika kita asyik melakulan KETULAAN , siapa pula yang mahu mendekati dan mendidik golongan2 yang saudara anggap sebagai 'menghina bulan Ramadhan' ini? Saudara yang selaku ketua penerangan dewan Pemuda PAS Marang ni sanggup ke turun padang? atau saudara hanya pandai berkata kata di dalam facebook sahaja?

Sekiranya mahu membantu, kita sedia membuka pintu.. Jika hanya tahu menghukum melalui penilaian yang salah , bermakna anda BELUM CUKUP MENGENALI DATO SERI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN . Wallahuallam..

Amir Asyraf Bin Mohd Alwi
Aktivis Media Sosial

MB di hina kerana bersahur dengan anak-anak muda bermotor?

Kenyataan ketua Pemuda PAS Marang menghina MB kerana bersahur dengan anak-anak muda bermotor.
Ketua Pemuda PAS Marang cuba menjadikan program Terengganu Sprint Test 2015 malam semalam sebagai satu penghinaan kepada Menteri Besar dan Anak-anak muda bermotor yang menganjur program tersebut.
Adakah berdakwah tidak boleh di selitkan dengan program sebegini?
Ketua Pemuda PAS ini sangat kolot pemikirannya, Program tersebut, walaupun di buat pada bulan Ramadhan bukanlah dibuat ketika solat terawih waktu beribadat diadakan.
Program tersebut yang bermula Jam 2.30 pagi ini mungkin adalah masa bagi ketua pemuda PAS ini sedang tidur, enak dibuai mimpi-mimpi indah, tetapi bagi seorang Menteri Besar yang memahami akan minat anak-anak muda di Terengganu, ini adalah masa untuk beliau bersama belia-belia bermotor ini. Mencari sebuah pendekatan bagi mengurangkan gejala sosial Mat Rempit serta perlumbaan haram di Terengganu.
Adakah salah dan berdosa bagi seorang pemimpin memahami jiwa anak muda?
Program tersebut bukanlah hanya sebuah perlumbaan ‘sprint test’ semata-mata, turut juga diselitkan sebagai pengisian adalah program ‘SAHUR BERSAMA ANAK-ANAK MUDA BERMOTOR’.
Dalam program ini, Menteri Besar Terengganu juga memberi beberapa ucapan nasihat dan tazkirah kepada mereka supaya mereka tidak hanya lalai dengan sukan bermotor, tetapi juga tidak lupa kepada tanggungjawab mereka kepada ibubapa, sebagai belia yang perlu berbakti kepada negeri dan lebih utama tanggungjawab sebagai seorang UMAT ISLAM.
Program-program sebeginilah sepatutnya lebih banyak di anjurkan agar anak-anak muda bermotor ini tidak di biarkan berpeleseran tanpa arah tujuan seterusnya mengundang lebih banyak masalah sosial. Inilah keprihatinan seorang Menteri Besar, dalam mendidik tidak semestinya sesebuah program hanya diadakan di surau atau masjid, tetapi perlu dipelbagaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Ketua Pemuda PAS Marang ini perlu melihat kehadapan dan menilai apa yang di kata dan diri sendiri sebelum menghina orang lain.
Orang yang suka mencaci seorang muslim, semua amal kebaikan yang dilakukannya akan sia-sia. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis, “Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, jika ada seorang wanita yang melakukan shalat malam, siang harinya ia berpuasa, tetapi ia menyakiti tetangganya dengan lisannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Tiada kebaikan sedikitpun dalam amal perbuatannya, dan ia kelak akan masuk neraka.” (HR. Al Hakim, Ibnu Hibban dan Ahmad)

Masalah air di Terengganu, Siapa yang bermasalah?


Masalah air yang dihadapi oleh 58,000 buah rumah sekitar Terengganu dan Marang sejak awal Mei lalu telah mendapat respon yang segera oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman.
Biarpun baharu genap setahun lebih pentadbiran yang dibawa olehnya, kasih dan kecaknaan beliau terhadap rakyat dapat dilihat melalui kesungguhannya menyelesaikan masalah yang disuarakan rakyat.
Dengan menerapkan nilai inklusif yg digalasnya menerusi 8  prinsip Transformasi Terengganu Baharu jelas menunjukkan kesan dan impak yang segera dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Terengganu kini.
Prinsip yang meletakkan suara rakyat sebagai asas kepada input pembangunan dan penyelesaian masalah telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Ahmad Razif sebagai Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dalam menerajui negeri Terengganu untuk satu tempoh yang lebih panjang lagi.
Berhubung isu air, kerajaan negeri telah bersetuju membina beberapa loji kecil di lokasi-lokasi kritikal dan dijangka siap dalam masa yang terdekat. Selain itu, Menteri Besar Terengganu baru-baru ini juga telah mengumumkan pembinaan sebuah loji air baharu di Manir, Kuala Nerus bagi menampung keperluan rakyat di kawasan terjejas air tersebut.
Bagi tindakan jangka pendek, tindakan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan catuan dilakukan bagi menjimatkan penggunaan air. Penghantaran air dengan menggunakan lori tangki juga akan dibuat ke beberapa kawasan kritikal.
Jadi tidak wajarlah jika masih ada suara-suara sumbang dari kelompok-kelompok yang malas membaca bagi mendapatkan informasi, tetapi sekadar tahu membuat protes di laman media sosial dengan mengatakan tiada inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Malah, rata-rata kawasan terjejas masalah air adalah majoriti DUN dan Parlimen yang  dimenangi pihak pembangkang, PAS. Jadi di manakah wakil-wakil rakyat mereka di ketika ini?
Mereka bukan sahaja ego bagi mendapatkan satu titik pertemuan dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di kawasan sendiri, tetapi juga hanya sekadar pandai menunding jari. Persoalan penulis, bagaimana PAS mahu ganti UMNO di Terengganu jika wakil rakyat di tempat sendiri gagal membantu rakyat.
Lihat video di bawah Ustaz Azhar Idrus tempelak pimpinan PAS. “Walaupun hok beloh kite sekalipun, ramai yang tidak melaksanakan tugas, orang bayor gaji mu RM7000 sebulan, duit rakyat, ape mu buat ke rakyat?”