Tuesday 17 February 2015

Enakmen di jalankan penguatkuasaan di perketatkan. TERENGGANU TERBILANG, ISLAM DI JULANG.

Alhamdulillah, Ini adalah satu langkah dalam melaksanakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di bawah kepimpinan Y.A.B Dato' Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu.

Ianya adalah dari prinsip TTB ke lapan iaitu Memperkasakan Pendidikan dengan penguatkuasaan ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.

Jika ada yang berkelakuan sedemikian, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bertanggunjawab untuk panggil bagi memberi sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama.

Ini bukanlah menghukum tetapi adalah mendidik anak-anak bangsa supaya kembali kepada nilai-nilai islam dan Ajaran Islam.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W  “Barang siapa yang meletakan tangannya pada wanita yang bukan mahram nya dengan syahwat(senang/nafsu) maka akan datang dia pada hari kiamat dengan tangan terikat sampai lehernya. Dan jika dia menciumnya,maka bibirnya akan digunting di neraka”

penguatkuasaan ini adalah untuk mendidik & mentransformasikan akhlak rakyat terutama anak-anak muda ke arah yang lebih baik dan ke arah perjuangan menegakkan syiar islam selari denga  kepimpinan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Agama, Bangsa & Negara.

TERENGGANU MEMPUNYAI KUASA LEGISLATIF

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66.

Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam.

Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Dan Terengganu telah berjaya menguatkuasa di Bawah kepimpinan Dato' Ahmad Razif Abd Rahman.
Menteri Besar Terengganu.

Inilah Tranformasi yang di nanti oleh rakyat.. Moga perjuangan Y.A.B Dato Ahmad Razif menegakkan Islam akan membentuk rakyat Terengganu yang berpegang teguh kepada Al-Quran & As-Sunnah.

TERENGGANU TERBILANG, ISLAM DIJULANG.

ALLAHUAKBAR!!
TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU (TTB).

Coretan Rakyat Marhein