Friday 10 July 2015

LUAHAN AKTIVIS anak muda terhadap kebiadapan Ketua Pemuda PAS Marang

Ke hadapan Ketua Penerangan Dewan Pemuda
PAS Kawasan Marang...

Saya rasa saudara sebenarnya telah tersalah tafsir dan silap dalam menilai tindakan YAB Menteri Besar Terengganu .

Istilah MB menghina bulan Ramadhan adalah amat salah sama sekali kerana golongan anak muda yang meminati sukan permotoran ini bukanlah senang untuk dibentuk dan dididik .

Saya rasa saudara juga hanya melihat MB dengan sebelah mata saudara . Saudara tidak tahu ke program2 lain yang telah diusahakan oleh YAB MB Terengganu Dato Seri Ahmad Razif itu? Saya rasa baru baru ini ada program Tadarus Al Quran di kediaman rasmi beliau di Sri Iman, begitu juga dengan program2 kerohanian yang lain . Jangan asyik melihat yang nampak buruk sahaja . Tak lama nanti dengar khabar nya kerajaan negeri juga akan buat program ala ala jelajah masjid berprinsip TTB . saudara berminat nak turut serta tak? hehe.

Ya, dah banyak program2 kerohanian dianjurkan . Tapi kita harus berfikir di luar kotak sekali sekala , jika kita asyik melakulan KETULAAN , siapa pula yang mahu mendekati dan mendidik golongan2 yang saudara anggap sebagai 'menghina bulan Ramadhan' ini? Saudara yang selaku ketua penerangan dewan Pemuda PAS Marang ni sanggup ke turun padang? atau saudara hanya pandai berkata kata di dalam facebook sahaja?

Sekiranya mahu membantu, kita sedia membuka pintu.. Jika hanya tahu menghukum melalui penilaian yang salah , bermakna anda BELUM CUKUP MENGENALI DATO SERI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN . Wallahuallam..

Amir Asyraf Bin Mohd Alwi
Aktivis Media Sosial

MB di hina kerana bersahur dengan anak-anak muda bermotor?

Kenyataan ketua Pemuda PAS Marang menghina MB kerana bersahur dengan anak-anak muda bermotor.
Ketua Pemuda PAS Marang cuba menjadikan program Terengganu Sprint Test 2015 malam semalam sebagai satu penghinaan kepada Menteri Besar dan Anak-anak muda bermotor yang menganjur program tersebut.
Adakah berdakwah tidak boleh di selitkan dengan program sebegini?
Ketua Pemuda PAS ini sangat kolot pemikirannya, Program tersebut, walaupun di buat pada bulan Ramadhan bukanlah dibuat ketika solat terawih waktu beribadat diadakan.
Program tersebut yang bermula Jam 2.30 pagi ini mungkin adalah masa bagi ketua pemuda PAS ini sedang tidur, enak dibuai mimpi-mimpi indah, tetapi bagi seorang Menteri Besar yang memahami akan minat anak-anak muda di Terengganu, ini adalah masa untuk beliau bersama belia-belia bermotor ini. Mencari sebuah pendekatan bagi mengurangkan gejala sosial Mat Rempit serta perlumbaan haram di Terengganu.
Adakah salah dan berdosa bagi seorang pemimpin memahami jiwa anak muda?
Program tersebut bukanlah hanya sebuah perlumbaan ‘sprint test’ semata-mata, turut juga diselitkan sebagai pengisian adalah program ‘SAHUR BERSAMA ANAK-ANAK MUDA BERMOTOR’.
Dalam program ini, Menteri Besar Terengganu juga memberi beberapa ucapan nasihat dan tazkirah kepada mereka supaya mereka tidak hanya lalai dengan sukan bermotor, tetapi juga tidak lupa kepada tanggungjawab mereka kepada ibubapa, sebagai belia yang perlu berbakti kepada negeri dan lebih utama tanggungjawab sebagai seorang UMAT ISLAM.
Program-program sebeginilah sepatutnya lebih banyak di anjurkan agar anak-anak muda bermotor ini tidak di biarkan berpeleseran tanpa arah tujuan seterusnya mengundang lebih banyak masalah sosial. Inilah keprihatinan seorang Menteri Besar, dalam mendidik tidak semestinya sesebuah program hanya diadakan di surau atau masjid, tetapi perlu dipelbagaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Ketua Pemuda PAS Marang ini perlu melihat kehadapan dan menilai apa yang di kata dan diri sendiri sebelum menghina orang lain.
Orang yang suka mencaci seorang muslim, semua amal kebaikan yang dilakukannya akan sia-sia. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis, “Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, jika ada seorang wanita yang melakukan shalat malam, siang harinya ia berpuasa, tetapi ia menyakiti tetangganya dengan lisannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Tiada kebaikan sedikitpun dalam amal perbuatannya, dan ia kelak akan masuk neraka.” (HR. Al Hakim, Ibnu Hibban dan Ahmad)

Masalah air di Terengganu, Siapa yang bermasalah?


Masalah air yang dihadapi oleh 58,000 buah rumah sekitar Terengganu dan Marang sejak awal Mei lalu telah mendapat respon yang segera oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman.
Biarpun baharu genap setahun lebih pentadbiran yang dibawa olehnya, kasih dan kecaknaan beliau terhadap rakyat dapat dilihat melalui kesungguhannya menyelesaikan masalah yang disuarakan rakyat.
Dengan menerapkan nilai inklusif yg digalasnya menerusi 8  prinsip Transformasi Terengganu Baharu jelas menunjukkan kesan dan impak yang segera dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Terengganu kini.
Prinsip yang meletakkan suara rakyat sebagai asas kepada input pembangunan dan penyelesaian masalah telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Ahmad Razif sebagai Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti dalam menerajui negeri Terengganu untuk satu tempoh yang lebih panjang lagi.
Berhubung isu air, kerajaan negeri telah bersetuju membina beberapa loji kecil di lokasi-lokasi kritikal dan dijangka siap dalam masa yang terdekat. Selain itu, Menteri Besar Terengganu baru-baru ini juga telah mengumumkan pembinaan sebuah loji air baharu di Manir, Kuala Nerus bagi menampung keperluan rakyat di kawasan terjejas air tersebut.
Bagi tindakan jangka pendek, tindakan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan catuan dilakukan bagi menjimatkan penggunaan air. Penghantaran air dengan menggunakan lori tangki juga akan dibuat ke beberapa kawasan kritikal.
Jadi tidak wajarlah jika masih ada suara-suara sumbang dari kelompok-kelompok yang malas membaca bagi mendapatkan informasi, tetapi sekadar tahu membuat protes di laman media sosial dengan mengatakan tiada inisiatif dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Malah, rata-rata kawasan terjejas masalah air adalah majoriti DUN dan Parlimen yang  dimenangi pihak pembangkang, PAS. Jadi di manakah wakil-wakil rakyat mereka di ketika ini?
Mereka bukan sahaja ego bagi mendapatkan satu titik pertemuan dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat di kawasan sendiri, tetapi juga hanya sekadar pandai menunding jari. Persoalan penulis, bagaimana PAS mahu ganti UMNO di Terengganu jika wakil rakyat di tempat sendiri gagal membantu rakyat.
Lihat video di bawah Ustaz Azhar Idrus tempelak pimpinan PAS. “Walaupun hok beloh kite sekalipun, ramai yang tidak melaksanakan tugas, orang bayor gaji mu RM7000 sebulan, duit rakyat, ape mu buat ke rakyat?”

Sunday 8 March 2015

Surat Khas Buat Azizah : Berpesta di Penjara Kajang

Asalamualaikum Datin Sri Wan Azizah,Serta Anak-anak Ảnwar Ibrahim.

PENJARA KAJANG itu adalah didalam DU N dimana  anda adalah wakilnya..
Pergilah melawat dan selami hati keluarga mêreka mungkin juga ada yg tak bersalah & menjadi mângsa,mungkin juga áda dikalangan isteri-isteri perlukan pembelaan seperti Anda.
Bezanya mêreka berjuang bêrsendirian mengerah keringat sendiri..mereka berjuang bêrsendirian demi menjaga aib suami supaya tidak diketahui tak ramai mengata,menghina keluarga merểka.
Alhamdulillah Datin Sri beruntung mengunakan platform politik untuk mengajak rakyat berjuang bersama untuk Suami Datin atas alasan keadilan ,Amat bertuah sungguh  dengan mengunakan Kedudukkan serta pangkat menunjukkan kuasa têrselindung disebalik nama Suami.
Meriah sungguh dgn acara serta simbolik demi suami yg dianggap terinaya..diwaktu  suami didalam pejara isteri & anak-anak seolah bêrpesta dgn tajuk "Keadilan untuk Ảnwar","Bebaskan Ảnwar demi Rakyat" lah
Kalau Ảnwar takde keadilan Pejuangan akan terhenti la yea..?
Maknanya selama ni ....
Lilin sudah..
Tahlil sudah...
Tarian Naga sudah...
Deklimasi sâjak sudah....
Disusuli pula dengan mengingati bểberapa Ảnwar dalam penjara..
Mungkin nanti sambutan Hari Raya,Hari Kẻmerdekaan yg akan diubah tajuknya(saya pasti) hari natal juga diadakan depan penjara..

Bertuah sungguh sebab Datin Sri dapat berjuang untuk suami  bersama yg kononya bejuang demi Ảnwar hingga serata dunia seolah hanya Datin sâja isteri malang di Malaysia..(ada cikgu,Ustaz ibubapa kata "Ingat kalau kita râsa kita susah ada lagi org lebih susah dari kita"...)
TAHNIAH KERANA DATIN BERJAYA MEMECAHBELAHKAN PEMIKIRAN RAKYAT.
TAHNIAH!!!!TAHNIAH!!!...

Org melayu dulu bila kita buat salah 2 benda yg akan disuruh buat
1-bersumpah sambil pegang @ junjung quran.
2- minum air yg telah dibacakan yasin..mungkin itu zaman kuno yg dah dilupakan..
(Ada beza antara bersumpah menunjukkan kebenaran dgn sumpah yg dibuat main-main)

Zaman moden punya cara lagi banyakkan..
Hanya org buat salah akan memberi banyak alasan demi alasan
Org yang yakin benar tak risau di inaya kerana tau doa org terinaya itu lebih bahaya..
Buat kerana benar itu lebih menakutan musuh
Bukan mengunakan rakyat utk kebenaran..ITU DEMI POLITIK NAMANYA..
Isteri yg baik tak menjaja perkara aib suami..
Anak yang baik juga perlu  menjaga nama baik Ayahnya.

Saya yakin dan pasti tak semua membenci Datin Sri walaupun berbeza idealogi politik.. jika jalannya betul..saya juga bukan 100%  membenci Datin Sri

# Datin Sri saya ada cadangan...rasanya sebaik-baik tempat untuk mohon petunjuk bukanlah berdemo mengajak rakyat..
Berdoalah dihadapan ka'abah bersama keluarga..Insyallah jika benar terinaya,jika benar diinaya Allah tụnukkan jalan-Nya..saya yakin itulah jalan terbaik.

Tuesday 17 February 2015

Enakmen di jalankan penguatkuasaan di perketatkan. TERENGGANU TERBILANG, ISLAM DI JULANG.

Alhamdulillah, Ini adalah satu langkah dalam melaksanakan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di bawah kepimpinan Y.A.B Dato' Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu.

Ianya adalah dari prinsip TTB ke lapan iaitu Memperkasakan Pendidikan dengan penguatkuasaan ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan muhrim, wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita.

Jika ada yang berkelakuan sedemikian, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bertanggunjawab untuk panggil bagi memberi sesi kaunseling sebelum diberi amaran dan ditahan jika terus mengulangi perbuatan yang sama.

Ini bukanlah menghukum tetapi adalah mendidik anak-anak bangsa supaya kembali kepada nilai-nilai islam dan Ajaran Islam.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W  “Barang siapa yang meletakan tangannya pada wanita yang bukan mahram nya dengan syahwat(senang/nafsu) maka akan datang dia pada hari kiamat dengan tangan terikat sampai lehernya. Dan jika dia menciumnya,maka bibirnya akan digunting di neraka”

penguatkuasaan ini adalah untuk mendidik & mentransformasikan akhlak rakyat terutama anak-anak muda ke arah yang lebih baik dan ke arah perjuangan menegakkan syiar islam selari denga  kepimpinan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Agama, Bangsa & Negara.

TERENGGANU MEMPUNYAI KUASA LEGISLATIF

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66.

Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam.

Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Dan Terengganu telah berjaya menguatkuasa di Bawah kepimpinan Dato' Ahmad Razif Abd Rahman.
Menteri Besar Terengganu.

Inilah Tranformasi yang di nanti oleh rakyat.. Moga perjuangan Y.A.B Dato Ahmad Razif menegakkan Islam akan membentuk rakyat Terengganu yang berpegang teguh kepada Al-Quran & As-Sunnah.

TERENGGANU TERBILANG, ISLAM DIJULANG.

ALLAHUAKBAR!!
TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU (TTB).

Coretan Rakyat Marhein

Sunday 11 January 2015

Mat Sabu & Lim Guang Eng politikkan Gambar Skuad Sukarelawan Terengganu

Ketika 500 Sukarelawan Terengganu sedang bertungkus lumus membersih Sk Chun Hwa di Machang, datang 4 lelaki melengang mengangkat tangan kosong melabai-labai ke arah Skuad Sukarelawan TTB.

Rupanya Mat sabu dan Lim Guang Eng serta beberapa bodyguard mereka bersiar-siar ketika Skuad Sukarelawan Terengganu sedang sibuk menyelesaikan tugasan mereka membersihkan kawasan sekolah.

Seorang guru cina Sekolah tersebut dengan sinis menyebut dihadapan beberapa orang sukarelawan 'Masa Siap baru nampak batang hidung dahlah datang dengan berpakaian kemas'.

Walaupun ramai sukarelawan tidak mengendahkan mereka Mat sabu dan Lim Guang Eng sempat bergambar di sekitar sekolah tersebut.

CUMA KEBEBALAN mereka terselah apabila gambar yang di ambil mereka bersama Skuad Sukarelawan Terengganu di politikkan dengan menyatakan gambar ini adalah SUKARELAWAN PAKATAN RAKYAT MEMBANTU MANGSA BANJIR yang di muatkan naikkan di Media Sosial.

Tidak perlulah dipolitikkan kebajikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu kerana atas usaha dan inisiatif Menteri Besar Terengganu telah mengumpulkan 1500 sukarelwan Terengganu untuk membantu Kelantan tanpa mengira fahaman politik.

APA FUNGSI MAT SABU DAN LIM GUANG ENG sebagai rakan Karib PAS Jika hanya datang melengang ber 'selfie' bersama mangsa banjir dengan Tangan kosong?

Dimana wakil pas ketika mereka turun padang ber 'selfie' dengan mangsa banjir?

-King Cobra-

Tuesday 29 July 2014

Loke Siew Fook DAP dedah rahsia Whatapps AJK PAS Pusat

Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam “Whatsapp AJK PAS Pusat” yang berbunyi;

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini”

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah “analisis senario” kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

“Analisis” sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai “think tank” kepada PAS boleh “mengimaginasi” untuk “menjentik DAP, gereja dan non Muslim” apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan “PAS for ALL”?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh “mengimaginasi” seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambill tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.

-LOKE SIEW FOOK-